Selamat Datang

Assalamualaikum. Buat pertemuan yang pertama ini, saya akan menerangkan tujuan blog ini dicipta.

   Pertamanya, melalui blog ini, saya akan membincangkan kekuatan dan kelemahan alat berfikir yang dipilih; peta minda.

   Sedikit pengenalan mengenai peta minda. Orang pertama yang telah mengasaskan peta minda ialah Tony Buzan pada tahun 1984. Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkas maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat [1]. Peta minda boleh dilukis dangan tangan atau menggunakan aplikasi  khusus untuk membuat peta minda yang terdapat di atas talian mahupun dimuat turun. Peta minda juga boleh digunakan dalam pelbagai bidang dan pekerjaan. kerana cara membinanya yang ringkas. Contoh peta minda adalah seperti berikut:
Contoh peta minda yang memuatkan maklumat mengenai pengurusan masa
  Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat pelbagai maklumat dikumpulkan pada satu halaman yang kecil dalam bentuk yang ringkas dan menarik.

  Dalam post yang seterusnya, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kelemahan dan kelebihan mnggunakan peta minda sebagai alat berfikir.

   Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Comments