Alat Kemahiran Berfikir

Contoh alat-alat berfikir:


  1. Pengurusan grafik: memvisualkan apa yang difikirkan berkaitan konten dan isi kandungan sesuatu konten dan isi kandungan sesuatu teks atau bahan pembelajaran..
  2. Peta minda: menghubungkaitkan sesuatu perkara/konsep/perkataan/kata kunci dengan sesuatu perkara/konsep/perkataan/kata kunci yang mempunyai perkaitan dan hubungkait antara satu sama lain.
  3. Pemetaan i-Think: terdapat lapan peta i-Think;
  • peta bulatan: menyenarai maklumat
  • peta buih: menyenaraikan sifat
  • peta buih berganda: menyenaraikan perbezaan dan persamaan
  • peta pokok: mengkategorikan sesuatu konsep
  • peta dakap: menganalisis konsep
  • peta alir: menunjukkan urutan atau langkah
  • peta pelbagai alir: menganalisis dengan lebih mendalam dan menghubungkaitkan dengan bahagian-bahagian yang berkenaan
Sebenarnya, terdapat banyak lagi alat berfikir yang telah dicipta. 

Seperti yang telah dinyatakan, blog ini akan membincangkan mengenai peta minda.

Sedikit pengenalan mengenai peta minda. Peta minda telah diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984.

Ciri-ciri peta minda:
  • dibina menggunakan imaginasi sendiri
  • menggunakan pelbagai warna
  • bercabang 
  • meletakkan gambar
  • menggunakan kata kunci 
Langkah membina peta minda mengikut Tony Buzan:

  1. Ambil sehelai kertas kosong dan beberapa batang pen berwarna. Lukis idea utama pada kertas. 
  2. Lukis cabang-cabang keluar dari gambar dan labelkan dengan kata kunci.
  3. Tambah cabang dan letakkan kata kunci untuk menerangkan cabang sebelumnya.

Contoh peta minda

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Datang