Kelebihan
Mengapa kita digalakkan menggunakan peta minda? Kerana peta minda mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Berikut adalah kelebihan-kelebihan menggunakan peta minda:
- melatih kedua-dua belah otak. Kerana otak kiri bersifat analitik dan otak kanan bersifat kreatif.
Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berbeza |
- meningkatkan daya ingatan terhadap sesuatu pelajaran. Bentuk peta minda yang unik dan penggunaan warna yang pelbagai menjadikan peta minda sesuatu yang menarik perhatian.
- merangsang otak menghasilkan pelbagai idea baharu. Penggunaan kata kunci membolehkan pelbagai tafsiran lain berdasarkan kata kunci tersebut.
- memudahkan pemahaman terhadap sesuatu perkara. pelbagai idea diletakkan di atas sehelai kertas dan disambung dengan cabang-cabang mewujudkan hubungan antara idea.
- ringkas dan menarik. Penggunaan kata kunci yang ringkas berbanding teks panjang. Warna yang pelbagai menarik perhatian pembaca
- melatih kreativiti seseorang. Kreativiti diperlukan semasa menghasilkan peta minda
Comments
Post a Comment